Our Activities

 

27 April 2018 - Jawatankuasa Kepimpinan Pembangunan Siswa (JKPS) Biro Siswi Inapan Siswa Bank Muamalat telah menganjurkan program Employability Fresh Graduate di Dewan Mawar.  Seramai 35 orang peserta telah terlibat dengan program ini. Ceramah disampaikan oleh Puan Norizan Binti Haji Azizan.

 

Program ini diadakan untuk memberi ilmu dan pengetahuan kepada para peserta tentang susun atur resume supaya ia diterima oleh majikan dan sekaligus membantu graduan untuk mendapat pekerjaan. Selain itu, peserta juga didedahkan cara untuk mengenali diri sendiri dengan menggunakan kaedah analisis SWOT.  Melalui pendekatan ini, peserta dapat mengenali diri mereka dengan lebih dekat dan memahami diri sendiri.

 

Hasil program ini, para peserta dapat menghasilkan resume yang baik, mengenali kekuatan dan kekurangan diri sendiri.

Pada 10 April 2018 yang lalu, Jawatankuasa Kepimpinan Pembangunan Siswa (JKPS) melalui Biro Latihan dan Akademik (BLA) Inasis Bank Muamalat telah menganjurkan program Muamalat Appreciation Day. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi penghargaan kepada para pelajar yang memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan semester yang lalu.

 

Program ini juga bertujuan memberi semangat kepada pelajar supaya terus berusaha dalam peperiksaan yang akan datang dan memperoleh keputusan yang cemerlang. Program seperti ini diharapkan dapat dijalankan secara berterusan bagi menyuntik semangat dalam kalangan pelajar sama ada yang telah mencapai kejayaan  cemerlang atau masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Program ini sedikit sebanyak dapat memberi dorongan atau pembakar semangat dalam kalangan pelajar untuk bersaing sesama rakan sebaya mereka bagi memperoleh keputusan cemerlang.

 

Program yang dijalankan di Dewan Mawar Inasis Bank Muamalat ini telah dihadiri oleh 154 orang pelajar yang memperoleh keputusan PMS 3.67 ke atas. Selain itu, program ini turut dihadiri oleh Pengetua Inasis Bank Muamalat, Dr. Rohafiz Binti Sabar serta penolong pengetua Inasis Bank Muamalat iaitu Puan Tiara Turay dan En. Muhammad Hafidz Baharudin.

 

Pada 1 hingga 3 Mac 2018, Majlis Tertinggi JKPS Inasis Bank Muamalat telah menganjurkan progam Inasis Bank Muamalat Leadership Camp di Langkawi yang bertujuan untuk memupuk semangat kepimpinan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Siswa (JKPS) dan pembantu kediaman (RA) tentang kemahiran yang diperlukan dalam menguruskan masa depan pelajar dan menjaga kebajikan pelajar di Inasis Bank Muamalat.

 

Para peserta telah menjalani aktiviti latihan kepimpinan dan etika, menyediakan kertas kerja yang lebih baik dan terperinci. Selain itu, aktiviti yang dijalankan dapat membantu para peserta dalam menguruskan sesuatu acara dan meningkatkan kemahiran kerja secara berkumpulan. Program ini, memberikan peluang kepada para peserta untuk meningkatkan kemahiran sosial, komunikasi dan kemahiran kepimpinan melalui cara yang menyeronokkan dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti meninjau ke Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan sebagainya. Tambahan pula, melalui aktiviti yang dijalankan bersama ini dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara ahli jawatankuasa Inasis Bank Muamalat.

 

Program ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri dan mengembangkan sikap kepimpinan, kreativiti dan kemahiran berfikir secara kritis. Di samping itu, program ini dapat memudahkan pengurusan kerja dan pengurusan organisasi dalam kalangan pemimpin pelajar di Inasis Bank Muamalat.

 

 

 

 

 

 

 

13 Mac 2018 – Jawatankuasa Kepimpinan Pembangunan Siswa (JKPS) Biro Kebudayaan telah menganjurkan Program Muamalat Cultural’s Day di Dewan Mawar Inasis Bank Muamalat.  Seramai 120 orang peserta, dua orang penolong pengetua iaitu Dr Jafni Azhan Ibrahim, Encik Mohd Fariz Hashim dan pengetua Inasis Dr Rohafiz binti Sabar juga terlibat.

 

Program ini mempunyai dua sesi. Sesi pertama pada pagi dimulai dengan pendaftaran peserta dan diteruskan dengan senaman tarian Zumba.  Pelbagai permaianan tradisional yang dipertandingkan, antaranya congkak, anyaman ketupat, kaligrafi Cina dan kolam. Majlis penutup diadakan pada sesi kedua yang dirasmikan dengan acara memotong kek oleh pengetua Inasis Bank Muamalat. Terdapat pelbagai persembahan kebudayaan diadakan seperti tarian, nyanyian dan fashion show.

 

Objektif program adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang kewujudan pelbagai budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia. Selain itu, melalui program ini dapat mengukuhkan hubungan antara pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dan staf. Di samping itu, program ini dapat memupuk bakat para pelajar. Matlamat program ini adalah untuk menyatupadukan pelbagai kaum dalam satu program.

PENGANJURAN PROGRAM AYUH KE SURAU (SIRI 1)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) “ Program Ayuh Ke Surau bagi siri pertama telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Mac 2016 yang bertempat di surau laluan C. Program ini merupakan anjuran Biro Kerohanian di bawah Jawatankuasa Pembangunan Siswa (JKPS) DPP Bank Muamalat yang akan tamat pada 26 Mei 2016 lengkap dengan enam buah siri kesemuanya. Siri pertama ini merupakan giliran blok AP4 portion A dan D namun penyertaan juga dibuka seluas-luasnya. Sambutan yang amat menggalakkan telah kita peroleh bukan sahaja daripada pelajar siswi DPP Bank Muamalat sendiri bahkan turut menerima penglibatan siswi daripada DPP Bank Rakyat serta DPP SME Bank dengan jumlah penyertaan seramai 81 orang.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengimarahkan surau laluan C melalui penglibatan siswi DPP Bank Muamalat itu sendiri. Aktiviti yang diadakan terdiri daripada solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, bacaan surah Yassin serta takzirah maghrib yang diketuai oleh pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Ustaz Zaree Bin Zakaria.

Page 1 of 2

Inapan Siswa - INASIS

INASIS Bank Muamalat,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.

Tel: 04-928 4454
Fax : 04-928 4456
E-mail: dppbankmuamalat@uum.edu.my

Office Hour

Our support Hotline is available 8 Hours a day

Sunday - Wednesday: 8.00am to 5.00pm

Thursday: 8.00am to 3.30pm

Weekend & Public: Closed

Rest: 1.00pm to 2.00pm

 

Visitor Statistics

  • IP: 10.50.1.111
  • Browser: Unknown
  • Browser Version:
  • Operating System: Unknown

1
Online